Aceh Pakej Bajet 4 Hari 3 Malam

Aceh Pakej Bajet 4 Hari 3 Malam

Aceh Pakej Bajet 4 Hari 3 Malam
Aceh Pakej Bajet 4 Hari 3 Malam
Aceh Pakej Bajet 4 Hari 3 Malam
Aceh Pakej Bajet 4 Hari 3 Malam
Aceh Pakej Bajet 4 Hari 3 Malam
Aceh Pakej Bajet 4 Hari 3 Malam
Aceh Pakej Bajet 4 Hari 3 Malam
Aceh Pakej Bajet 4 Hari 3 Malam

Aceh Pakej Bajet 4 Hari 3 Malam adalah pakej percutian ke Aceh special dengan fasiliti yang memuaskan hati yang ditawarkan untuk anda yang ingin menikmati keindahan bandar Banda Aceh dan Aceh Besar selama empat hari tiga malam. Anda akan dibawa melawat tapak bersejarah di Banda Aceh dan tempat tempat yang menakjubkan di Aceh Besar. 4 hari 3 malam adalah masa yang cukup untuk anda menikmati destinasi yang menarik di Banda Aceh dan Aceh Besar termasuk tapak bersejarah, lawatan kebudayaan, lawatan semula jadi, lawatan pantai dan banyak lagi tempat bersiar-siar. Anda juga akan menikmati hidangan masakan aceh yang lazat. Dengan pakej pelancongan ini kami yakin anda akan berpuas hati semasa bercuti di Banda Aceh.

Berikut adalah program lawatan Banda Aceh yang dapat anda lihat pada jadual perjalanan:

Day 01 : Ketibaan di Banda Aceh (L/D)

  • Ketibaan di Lapangan terbang antarbangsa Sultan Iskandar Muda di Blang Bintang, Aceh, anda akan dialu-alukan oleh pemandu kami di hadapan terminal ketibaan.
  • Dalam percutian ke Banda Aceh hari pertama ini, Anda akan dibawa untuk makan tengah hari di Restoran Masakan Aceh dimana anda boleh menikmati masakan kari kambing, ayam goreng kampong dengan spices.
  • Check in Hotel.
  • Selepas Check in Hotel, Lawatan ke Masjid Raya Baiturrahman yang merupakan landmark Bandar Banda Aceh dan merupakan salah satu masjid terbesar di Acheh.
  • Lawatan tapak sejarah tsunami di Aceh seperti PLTD Apung yang merupakan kapal pembangkit listrik mengambang yang terkandas oleh gelombang tsunami dari laut Ulee Lheue ke tengah kampong sejauh 4,5 kilometer. Muzium Tsunami dimana anda boleh melihat tapak sejarah tsunami 2004 yang menghancurkan Bandar Banda Aceh hampir 80% dengan korban lebih dari pada 240.000 di Aceh. Lawatan ke Monumen Tsunami Perahu di atas bubung yang merupakan bot nelayan yang dihempas gelombang tsunami dari muara ke atas bubung rumah tuan Abasiah.
  • Lawatan kebudayaan dan sejarah Acheh ke Muzium Aceh yang merupakan muzium berbentuk rumah tradisional Aceh. Anda boleh melihat banyak objek sejarah, barangan antik,  perkakas tradisional yang dipakai masyarakat Aceh dahulu yang sangat bernilai sejarah. Lawatan ke Kerkhoff Peucut Memorial iaitu kubur askar Belanda yang terbunuh dalam perang Peucut Jendral Kohler.
  • Melawat ke Gunongan iaitu gunung buatan oleh Sultan Iskandar Muda untuk istrinya Ratu Pahang dari Malaysia yang rindu kampongnya, teruskan lawatan ke Putroe Phang Park dan Ratu Safiatuddin Park dimana anda boleh melihat 23 rumah tradisional dalam berbagai bentuk rumah panggung dengan dibina berdasarkan gaya kebudayaan 23 kabupaten di Aceh yang sangat unik untuk dilawati.
  • Lawatan pelancongan agama ke Kubur Ulama Besar Aceh iaitu Syeikh Abdurrauf As-Singkili.
  • Lawatan ke Pantai Syiah Kuala, Pantai Alue Naga dan Taman Hutan Bandar dimana anda boleh melihat banyak tanaman dari pelbagai provinsi di Indonesia.
  • Makan malam di Romantic Café di Banda Aceh anda boleh menikmati masakan kegemaran dan Aceh Speciality Coffee.
  • Kembali ke hotel dan free program percutian ke Banda Aceh hari pertama.

Day 03 : Lawatan Banda Aceh – Lawatan Pantai Timur Aceh Besar (B/L/D)

  • Selepas sarapan pagi di hotel anda akan dijemput oleh pemandu kami.
  • Percutian ke Banda Aceh hari kedua Lawatan bermula dengan mengujungi Pantai Ujong Batee yang merupakan pantai pasir hitam dengan pokok pokok pinus yang teduh, Pantai Ujong Kareung, anda boleh minum air kelapa muda disini dan duduk sejenak di gazebo. Diteruskan lawatan sejarah ke Pantai Indra Patra dan Kubu Indra Patra yang merupakan kubu pertahanan kerjaan Hindu di Acheh dan kemudian diambil oleh kerajaan Islam Aceh Darussalam dan pada masa Sultan Iskandar Muda kubu ini digunakan sebagai kubu pertahanan dari serangan Portugal dari laut di Selat Malaka.
  • Melawat ke Kubu Sultan Iskandar Muda
  • Makan tengah hari di restoran tempatan.
  • Selepas makan, melawat ke Kubu Inong Bale dan Pantai Inong Bale yang cantik, diteruskan melawat ke Bukit Lamreh dengan pemandangan semulajadi yang cantik sangat dengan air laut yang biru dan bukit bukit yang indah.
  • Melawat ke Pantai Lhok Mee yang merupakan pantai pasir putih yang luas dengan pokok pokok dalam air. Anda boleh berjalan diatas jembatan yang dibuat di laut untuk melihat pokok pokok yang tumbuh di air. Disini anda boleh minum air kelapa muda. Diteruskan melancong ke Pantai Blang Ulam yang juga pantai pasir putih dengan pokok pokok yang tumbuh di air dan Pantai Ujong Batee Puteh yang cantik dengan tebing yang tinggi berwarna putih sebagai backdrop.
  • Melawat ke Sumber Air Panas Ie Suum (Hot Spring) yang datang dari volcano. Anda boleh melihat pemandangan semulajadi, bukit bukit dan hot spring.
  • Kembali ke Banda Aceh.
  • Makan malam di restoran di Banda Aceh.
  • Kembali ke Hotel untuk berehat dan free program.

Day 04 : Banda Aceh – Berlepas (B/L)

  • Selepas sarapan pagi di Hotel, Hari terakhir percutian ke Banda Aceh, anda akan dibawa untuk shopping souvenir dan cenderahati, kek, baju Aceh, kain sarung, kopi Aceh, emping dan pelbagai macam yang anda sukai.
  • Selepas itu, melawat ke kampong tradisional, anda boleh tengok banyak rumah tradisonal aceh yang masih dipelihara dengan baik beserta suasa kampong dan pemandangan persawahan dengan bukit bukit sebagai backdrop.
  • Melawat ke Kebun Kurma (Ladang Tarikh) yang luasnya lebih kurang 650 hektar. Anda boleh membeli kurma muda disini. Anda juga boleh naik kuda keliling kebun untuk melihat pemandangan yang indah.
  • Hantar ke Lapangan terbang untuk balik.
  • Kami berharap anda senang dengan percutian macam ini dan harapan kami kita boleh bertemu kembali dalam pakej percutian Aceh yang lain. Anda boleh melihat percutian kami yang lain di navigasi, terdapat beberapa destinasi pelancongan lain di Aceh yang kami tawarkan.

Jika anda ingin harga murah atau bujet, Pakej Percutian Bajet ke Aceh untuk melihat itinerary pakej bajet ke Acheh. Atau anda ingin durasi lebih lama,

Terma & Syarat :

  • Bayaran Pendahuluan sekurang-kurangnya 30% daripada jumlah harga pakej dan pembayaran penuh boleh dibayar 3 hari sebelum hari ketibaan. Anda boleh membayar direct transfer to bigpay Malaysia or direct transfer to Aceh Bank
  • Bayaran Pendahuluan yang telah dibayar tidak boleh dibayar balik jika terdapat pembatalan dari peserta secara unilateral.
  • Selain dari program pelancongan di atas atau lawatan tambahan oleh peserta, kos tambahan akan dikenakan kepada peserta.
  • Dalam keadaan buruk, cuaca buruk, bencana alam, dan lain lain, jadual dan perancangan akan diselaraskan mengikut persetujuan bersama.
  • Syarikat tidak menerima tanggungjawab untuk kehilangan atau kerosakan atau perbelanjaan akibat kelewatan penerbangan, penyakit, kemalangan yang tidak terkawal dan juga menangguhkan lawatan yang disebabkan oleh kelewatan penerbangan dan pergantian feria tau tanggungjawab pihak ketiga.

Untuk tempahan & pertanyaan sila hubungi kami: