Aceh Pakej Bajet 5 Hari 4 Malam

Aceh Pakej Bajet 5 Hari 4 Malam

Aceh Pakej Bajet 5 Hari 4 Malam
Aceh Pakej Bajet 5 Hari 4 Malam
Aceh Pakej Bajet 5 Hari 4 Malam
Aceh Pakej Bajet 5 Hari 4 Malam
Aceh Pakej Bajet 5 Hari 4 Malam
Aceh Pakej Bajet 5 Hari 4 Malam
Aceh Pakej Bajet 5 Hari 4 Malam
Aceh Pakej Bajet 5 Hari 4 Malam

Aceh Pakej Bajet 5 Hari 4 Malam adalah pakej percutian ke aceh dengan tempoh yang lebih lama dengan harga yang lebih murah daripada pakej ke Takengon & Sabang 5 Hari 4 Malam dan lebih banyak tempat tempat menarik untuk dilawati. Pakej lawatan ke Aceh ini sangat recommended bagi pelancong yang mahu meneroka keindahan semula jadi yang ada di tiga kabupaten dan Bandar di Acheh iaitu Bandar Banda Aceh, Kabupaten Aceh Besar dan Kabupaten Aceh Jaya. Bagi anda yang mahu melancong ke Aceh dan mencari pakej dengan masa yang lama.

Berikut adalah program lawatan Banda Aceh yang dapat anda lihat pada jadual perjalanan:

Day 01 : Ketibaan di Banda Aceh – Lawatan Bandar Banda Aceh (L/D)

Ketibaan di Lapangan Terbang Sultan Iskandar Muda Banda Aceh, Anda akan di dijemput oleh pemandu kami di hadapan terminal kedatangan airport. jika anda tiba dengan pesawat lebih awal, anda akan dibawa untuk melawat ke beberapa tempat menarik dan jika anda tiba dengan pesawat tengah hari maka anda akan dibawa segera untuk makan tengah hari di Restoran tempatan. Check in hotel (12.00, jika hotel available maka bisa check in lebih awal). Selepas check-in hotel, anda akan dibawa melawat ke Masjid Besar Baiturrahman, Muzium Tsunami, PLTD Apung Stranded Ship Tsunami Monument, Bot Nelayan yang dihempas gelombang tsunami ke atas bubung, Lawatan ke Taman Ratu Safiatuddin dimana anda boleh melihat 23 rumah tradisional di Aceh, Muzium Aceh dimana anda boleh mengenal kebudayaan Aceh dan sejarah Aceh, diteruskan ke Gunongan iaitu gunung buatan, Taman Putro Pahang dan Pantai Ulee Lheue pada sore hari dimana anda boleh melihat sunset disini. Makan malam di restoran tempatan. Selepas makan malam dihantar ke hotel untuk berehat dan free program.

Highlights:

  • Masjid Raya Baiturrahman,
  • Muzium Tsunami,
  • PLTD Apung,
  • Monumen Tsunami Perahu di atas rumah,
  • Ratu Safiatuddin Park,
  • Muzium Aceh,
  • Gunongan,
  • Putroe Phang Park,
  • Pantai Ulee Lheue

Day 02 Lawatan Banda Aceh – Lawatan Pantai Barat Aceh Besar (B/L/D)

Selepas sarapan di Hotel, anda akan dijemput oleh team, dalam hari ke dua pakej percutian aceh ini anda akan melawat ke pantai barat Aceh Besar. Lawatan bermula ke Muzium Cut Nyak Dhien, Pasar Kek Tradisional Acheh dimana anda boleh membeli kek tradisional Aceh, Pantai Lampuuk iaitu salah satu pantai pasir putih yang cantik di Aceh yang mempunyai garis pantai yang panjang, Masjid Lampuuk iaitu masjid yang masih berdiri dan tidak rusak waktu bencana tsunami namun bangunan dan pokok pokok sekitar masjid dan area lampuuk rata dengan tanah. Selepas itu anda akan melawat ke Pantai Pulo Kapuk tidak jauh dari Pantai Lhoknga, kemudian ke pantai Lhoknga iaitu pantai berpasir putih yang ramai dilawati pelancong asing terutama peselancar. Selepas itu melawat ke Pantai Taman Tepi Laut, Pantai Riting iaitu pantai berpasir hitam yang cantik, pantai penyu dan pantai Leupung. Makan tengah hari di Lhokseudu, disini anda boleh menikmati cantiknya pemandangan laut dengan café yang dibina diatas laut. Selepas makan tengah hari melawat ke Pantai Pasie Jantang dan Pantai Lhong, dalam perjalanan ke pantai ini jika anda bertuah datang pada musim durian, anda boleh makan durian di Gunung Kulu, durian disini salah satu durian terbaik dan lazat. Anda juga akan melihat monyet monyet disini. Yang terakhir kita akan melawat ke Puncak Geurutee iaitu canyon laut terletak diatas puncak gunung dengan pemandangan yang sangat cantik. Anda boleh melihat dua pulau yang cantik dari atas gunung dan laut yang biru. Disini anda juga boleh melihat sunset yang merupakan salah satu spot terbaik melihat sunset. Jika anda bernasib baik anda boleh melihat siamang, monyet hitam yang besar tetapi jinak. Kembali ke Banda Aceh dan Selepas Makan malam free program.

Highlights:

  • Pantai Ujong Batee
  • Benteng Indra Patra
  • Pantai Ujong Kareung
  • Air Panas Ie Suum
  • Benteng Inong Balee

Day 03: Lawatan Banda Aceh – Lawatan Pantai Timur Aceh Besar (B/L/D)

Sarapan pagi di hotel, team akan menjemput anda dan pada hari ketiga pakej percutian ke Aceh ini anda akan melancong ke Aceh Besar tepatnya pantai timur Aceh Besar. Lawatan bermula ke Pantai Ujong Batee iaitu pantai berpasir hitam dengan pokok pokok pinus yang teduh, kemudian Pantai Ujong Kareung, dan teruskan lawatan sejarah ke Kubu Indra Patra iaitu kubu yang dibina oleh kerajaan hindu pertama di Aceh dan kemudian diambil alih oleh kerajaan islam Aceh pada masa itu Sultan Iskandar Muda untuk pertahanan dari serangan Portugis dari Selat Malaka. Selepas itu, lawatan ke Pantai Indra Patra, Kubu Sultan Iskandar Muda, Kubu Inong Bale dan Bukit Lamreh dengan pemandangan yang cantik sangat dengan air laut yang biru. Anda juga boleh melihat kerajaan tertua di Aceh yang terletak tidak jauh dari Bukit Lamreh, Makan Tengah Hari, selepas makan, lawatan ke Pantai Lhok Mee iaitu pantai berpasir putih dengan pokok pokok dilaut anda juga boleh berjalan di atas jembatan kayu untuk melihat keindahan pantai dan kawasan sekitarnya. Kemudian melawat ke Pantai Blang Ulam iaitu pantai berpasir putih dengan pokok pokok di air dengan air laut yang sangat jernih jadi anda boleh melihat ikan ikan kecil di laut. Lawatan ke air panas Ie Suum dimana anda boleh melihat air panas yang keluar dari dalam gunung berapi. Kembali ke Bandar Banda Aceh, selepas makan malam, free program.

Highlights:

  • Bukit Lamreh
  • Pantai Pasir Putih Lhok Me
  • Pantai Blang Ulam
  • Pantai Batee Puteh
  • Kebun Kurma

Day 04: Lawatan ke Aceh Jaya (B/L/D)

Sarapan Pagi di Hotel, pada hari ke empat pakej percutian ke Aceh ini, kita akan melawat lebih awal, kerana Aceh Jaya terletak kira-kira 3 jam dari Banda Aceh. Tiba di Aceh Jaya kita akan melawat ke Pantai Lhok Geulumpang, Kuala Jubit dan Pantai Lageun, pantai ini merupakan pantai pantai yang cantik sangat dan menjadi popular sebagai tempat berselancar dan jungle trekking sebelum tsunami pada masa Daud Jerman iaitu orang jerman yang menikah dengan orang Aceh dan membina beberapa bungalow disana. Makan Tengah Hari di restoran tempatan. Selepas itu lawatan ke Pantai Kuala Dho, Pantai Kuala Daya, Pantai Pasie Saka iaitu pantai berpasir putih yang cantik sangat, Pantai Kuala Merisi, Pantai Lhok Kubu dan Pantai Babah Nipah. Aceh Jaya merupakan destinasi dengan banyak pantai pantai yang indah dan rumah bagi pelancongan semula jadi. Selain itu, Aceh Jaya juga terdapat tempat memancing dengan ikan ikan yang besar, Anda juga boleh memandikan Gajah dan Bersafari dengan Gajah. Kembali ke Banda Aceh, dalam perjalanan makan malam. Selepas tiba di Bandar, kembali ke hotel dan berehat.

Highlights:

  • Lhok Geulumpang Beach,
  • Kuala Jubit Beach,
  • Lageun Beach
  • Kuala Dho Beach.
  • Kuala Daya Beach,
  • Pasie Saka Beach,
  • Kuala Merisi Beach,
  • Lhok Kubu Beach
  • Babah Nipah Beach.

Day 05:  Shopping Souvenir – Berlepas (B/L/D)

Sarapan pagi di Hotel, Pada hari terakhir pakej percutian Aceh 5D4N ini, Anda akan diajak untuk berbelanja souvenir, oleh-oleh, atau anda mahu berbelanja baju Aceh, kain sarung, kopi Aceh, rempah dapur Aceh, chips, dan lain lain. Selepas shopping, check out hotel dan anda akan dibawa untuk lawatan ke kampong tradisional dimana anda boleh melihat rumah tradisional Aceh yang masih dilestarikan oleh masyarakat dan anda juga akan melawat ke kebun kurma dimana anda boleh melihat kebun kurma yang sangat luas lebih kurang 650 hektar dan anda boleh menaiki kuda disini, berbelanja kurma muda, melihat lihat kebun kurma. Selepas itu, anda akan dihantar ke airport untuk berlepas. Kami berharap boleh berjumpa lagi dengan anda di lawatan yang lain.

Jika anda ingin harga murah atau bujet, Pakej Percutian Bajet ke Aceh untuk melihat itinerary pakej bajet ke Acheh. Atau anda ingin durasi lebih lama,

Terma & Syarat :

  • Bayaran Pendahuluan sekurang-kurangnya 30% daripada jumlah harga pakej dan pembayaran penuh boleh dibayar 3 hari sebelum hari ketibaan. Anda boleh membayar direct transfer to bigpay Malaysia or direct transfer to Aceh Bank
  • Bayaran Pendahuluan yang telah dibayar tidak boleh dibayar balik jika terdapat pembatalan dari peserta secara unilateral.
  • Selain dari program pelancongan di atas atau lawatan tambahan oleh peserta, kos tambahan akan dikenakan kepada peserta.
  • Dalam keadaan buruk, cuaca buruk, bencana alam, dan lain lain, jadual dan perancangan akan diselaraskan mengikut persetujuan bersama.
  • Syarikat tidak menerima tanggungjawab untuk kehilangan atau kerosakan atau perbelanjaan akibat kelewatan penerbangan, penyakit, kemalangan yang tidak terkawal dan juga menangguhkan lawatan yang disebabkan oleh kelewatan penerbangan dan pergantian feria tau tanggungjawab pihak ketiga.

Untuk tempahan & pertanyaan sila hubungi kami: